Close

realme C73 diperkenalkan – Guna cip Dimensity 6300 dan bateri 6000mAh

realme C73 telah diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran India. Model ini merupaka alternatif yang lebih mampu milik kepada realme C75. Walaupun hadir dengan spesifikasi yang sedikit lebih rendah, ia masih aspek penting seperti kapasiti bateri besar dan sokongan 5G.

realme C73 hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.67-inci dengan resolusi HD+ dan turut menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6300 (5G) yang dipadankan dengan 4GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB.

Menggunakan kamera 32MP pada bahagian belakang dan 8MP untuk swafoto. Dimuatkan dengna kapasiti battery besar iaitu 6000mAh yang menyokong pengecasan 15W berwayar dan 15W tanpa wayar.

Spesifikasi yang turut ditawarkan seperti penarafan IP64, sokongan RAM maya sehingga 12GB, MIL-STD 810H dan menjalankan sistem operasi realme UI 6.0 yang berasaskan Android 15.

Di India, realme C73 dijual pada harga bermula INR10,499 (RM590) untuk 4GB + 64GB manakala 4GB + 128GB pula dijual pada harga INR11,499 (RM659). Tersedia dengan 3 pilihan warna iaitu Jade Green, Onyx Black dan Crystal Purple.

ARTIKEL BERKAITAN