Close

Nothing Phone (3) akan diumumkan pada 1 Julai ini

Seperti yang kita tahu, Nothing akan memperkenalkan peranti andalan mereka pada tahun ini iaitu Phone (3).

Terkini, Nothing mengesahkan Phone (3) akan diperkenalkan pada 1 Julai ini. Phone (3) dijangka hadir dengan rekaan premium, spesifikasi yang berkuasa dan sokongan perisian AI yang lebih baik. Dari segi harga jualan, Phone (3) akan ditawarkan pada harga sekitar £800 (RM4595), lebih mahal berbanding model sebelumnya.

Jika merujuk kepada perkongsian Nothing, Phone (3) tidak akan dilengkapi dengan sistem lampu LED Glyph seperti mana model sebelumnya. Berikutan itu, kita mungkin boleh menjangkakan akan ada perubahan pada rekaan Phone (3).

Terdapat beberapa spekulasi menyatakan Nothing mungkin akan menggantikan Glyph dengan paparan jenis ‘dot matrix’ yang lebih interaktif. Walau bagaimanapun, perubahan tersebut hanyalah spekulasi namun menarik untuk dilihat.

ARTIKEL BERKAITAN