Close

Redmi Pad 2 akan tiba di Malaysia tak lama lagi

Xiaomi melalui sub-jenama mereka iaitu Redmi akan memperkenalkan tablet baru mereka ke pasaran tempatan melalui Redmi Pad 2. Malangnya tiada tarikh pelancaran di Malaysia yang dikongsi namun pelancaran global dijadualkan berlangsung pada 5 Jun ini.

Redmi Pad 2 akan menjadi pengganti kepada model semasa iaitu Redmi Pad yang diperkenalkan pada 2022. Redmi Pad 2 dijangka hadir dengan rekaan baru yang lebih menarik dengan spesifikasi yang lebih berkuasa.

Tablet baru ini berkemungkinan hadir dengan cip MediaTek Helio G100 dengan skrin bersaiz 11-inci resolusi 2.5K untuk memberikan pengalaman menonton yang lebih baik. Selain itu, ia akan dilengkapi dengan bateri 9000mAh dan akan ditawarkan dalam 2 pilihan varian WiFi dan Selular.

Redmi Pad 2 dijangka akan menjadi pilihan menarik dalam segmen tablet mampu milik pada tahun ini. Sebagai rekod, Redmi Pad dijual pada harga bermula RM899 untuk pasaran tempatan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN