Close

Samsung akan perkenal model baru – Galaxy Z Fold7 Ultra

Samsung secara rasmi mengesahkan kehadiran model baru iaitu Galaxy Z Fold7 Ultra. Seperti namanya, model ini akan menjadi model paling premium dalam siri telefon lipat.

Melalui video teaser yang dikongsi oleh Samsung, memperlihatkan Galaxy Z Fold7 Ultra akan hadir dengan rekaan yang lebih kompak dan nipis berbanding model sebelumnnya. Rekaan ini akan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Selain itu, Galaxy Z Fold7 Ultra akan menggunakan skrin yang lebih besar dan mempunyai kemampuan kamera yang lebih baik. Tidak ketinggalan, peranti ini akan turut dimuatkan dengan kemampuan AI yang lebih baik melalui Galaxy AI.

Galaxy Z Fold7 Ultra dijangka akan dilancarkan bersama dengan beberapa telefon lipat lain Galaxy Z Fold7, Galaxy Z Flip7 dan Galaxy Z Flip7 FE. Peranti ini berkemungkinan akan tiba pada sekitar Julai 2025.

ARTIKEL BERKAITAN