Close

OnePlus 13s diperkenalkan – Skrin 6.32-inci, cip Snapdragon 8 Elite dan bateri 5850mAh

OnePlus secara rasmi memperkenalkan peranti baru iaitu OnePlus 13s, eksklusif untuk pasaran India. Menarik mengenai peranti ini, ia hadir dengan rekaan yang kompak yang dipadankan dengan spesifikasi yang berkuasa.

OnePlus 13s hadir dengan rekaan yang kompak dan ringan iaitu hanya setebal 8.15mm dan seberat 185gram sahaja. Dilengkapi skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.32-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony LYT-700 + 50MP Telefoto Samsung JN5. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor sebesar 32MP. Walaupun menggunakan rekaan yang kompak, OnePlus 13s dilengkapi dengan bateri 5850mAh yang menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 80W.

Tiada lagi butang ‘Alert Slider’ sebaliknya diganti dengan butang ‘Plus’, menyokong fungsi yang sama tetapi boleh ditetapkan untuk pintasan, aplikasi dan sebagainya. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah penarafan IP65, pengimbas cap jari bawah skrin, NFC, sistem penyejukan dan menjalankan OxygenOS 15 berasaskan Android 15.

Di India, OnePlus 13s dijual pada harga sekitar INR54,999 (RM2714) untuk 12GB + 256GB dan INR59,999 (RM2962) untuk 12GB + 512GB.

ARTIKEL BERKAITAN