Close

5 fungsi baru WhatsApp yang wajib tahu dan cuba

Aplikasi permesejan popular iaitu WhatsApp sentiasa membawakan fungsi baru untuk memberikan nilai tambah dan pengalaman lebih baik pada aplikasi mereka. Berikutan itu, kami ingin berkongsi 5 fungsi baru WhatsApp yang wajib tahu dan cuba.

Chat theme

Seperti namanya, fungsi ini membolehkan pengguna mengubah suai tema perbualan mengikut citarasa pengguna. Melaluinya, pengguna boleh mengubah suai message colour dan juga wallpaperLebih menarik, pengguna boleh memilih tema secara spesifik untuk perbualan tertentu seperti untuk kumpulan, teman istimewa dan sebagainya.

Fungsi ini memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik berbanding sebelum ini. Namun begitu, fungsi tidak diaktifkan secara automatik sebaliknya perlu dilakuan secara manual. Untuk mengakses fungsi ini, pergi ke Settings > Chat > Default Chat Theme.

Music status

Fungsi ini membolehkan pengguna menambah muzik pada kemas kini status. Ketibaan fungsi ini menjadikan perkongsian status lebih menarik dan lebih dinamik. Dalam masa yang sama, pengguna boleh menetapkan mood atau konteks mengenai kandungan yang dikongsi dengan menggunakan muzik.

Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna hanya perlu menekan butang muzik yang akan diperlihatkan selepas pengguna memilih foto atau video. Butang tersebut membolehkan pengguna membuat carian lagu atau artis untuk dimasukkan ke dalam kemas kini status.

ChatGPT pada WhatsApp

Perkhidmatan kecerdasan buatan dari OpenAI iaitu ChatGPT kini terrsedia digunakan pada aplikasi WhatsApps. Melaluinya, pengguna boleh berinteraksi atau berkomunikasi dengan menggunakan teks, imje dan juga suara. Sekaligus, memudahkan pengguna untuk mengakses ChatGPT tanpa perlu menggunakan web dan sebagainya.

Untuk mula menggunakan ChatGPT pada WhatsApp anda hanya perlu menambah atau menyimpan nombor 1-800-242-8478 atau 1-800-ChatGPT kemudian mulakan perbualan dengan menghantar teks kepada nombor tersebut.

 ‘Link’ akaun Instagram pada profil WhatsApp

WhatsApp kini membolehkan pengguna menambah atau menyertakan pautan media sosial seperti Instagram pada profil mereka.

Pengguna boleh meletakkan atau menambah pautan Instagram pada bahagian tetapan profil. Fungsi ini tersedia pada kedua-dua platform iaitu Android dan iOS. Selain itu, fungsi ini memudahkan pengguna lain atau kenalan mencari anda pada platform Instagram.

Selepas ditambah, pautan Instagram akan dipaparkan bersama dengan maklumat lain seperti nama dan nombor telefon. Pengguna mempunyai pilihan untuk menambah atau memadam pautan pada bila-bila masa. Selain itu, pengguna lain akan dapat melihat pautan tersebut melalui profil.

Voice Message Transcript

Voice Message Transcript membolehkan mesej suara ditukarkan kepada dalam bentuk teks. Memudahkan pengguna dan tidak lagi perlu mendengar mesej suara sebaliknya hanya membaca teks yang telah ditukar melalui fungsi tersebut.

Fungsi ini akan dijana secara terus melalui peranti dan menyokong ciri penyulitan hujung ke hujung. Walau bagaimanapun, buat masa ini fungsi ini hanya menyokong bahasa English, Sepanyol, Portugis dan Russian. Lebih banyak bahasa akan disokong pada masa akan datang.

Untuk mengaktifkan fungsi ini, pergi ke Settings > Chats > Voice Message Transcript. Untuk menggunakan fungsi ini, tekan hold pada mesej suara dan tekan ‘transcribe’.

ARTIKEL BERKAITAN