Close

CIMB umum waktu penyelenggaraan sistem MyDebit untuk Jun 2025 – Ini yang perlu anda tahu

CIMB melalui laman web rasmi mereka menggumumkan sistem MyDebit akan mengalami gangguan sementara disebabkan oleh penyelenggaran berjadual yang akan dilakukan pada Jun 2025.

Sepanjang tempoh penyelanggaran tersebut, pengguna tidak boleh menggunakan kad debit CIMB di terminal MyDebit, termasuk di plaza tol dan kedai yang menyokong sistem berkenaan. Seiring dengan itu, CIMB berkongsi jadual penyelanggaran untuk MyDebit.

Jadual Penyelenggaraan:

  • 7 Jun 2025 (Sabtu): 12:00 AM – 8:00 AM
  • 11 Jun 2025 (Rabu): 12:00 AM – 5:00 AM
  • 12 Jun 2025 (Khamis): 12:00 AM – 5:00 AM
  • 21 Jun 2025 (Sabtu): 12:00 AM – 8:00 AM

CIMB menyatakan, penyelenggaraan ini hanya melibatkan sistem MyDebit sahaja. Perkhidmatan CIMB lain seperti perbankan dalam talian (CIMB Clicks), aplikasi CIMB OCTO dan mesin ATM masih boleh digunakan seperti biasa.

ARTIKEL BERKAITAN