Close

JPJ tidak lagi mengeluarkan pelekat cukai jalan fizikal

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi mengeluarkan pelekat cukai jalan fizikal untuk kenderaan persendirian. 

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Pengarah JPJ Rospiagos Taha kepada cawangan berkaitan yang berkuatkuasa bermula 1 Ogos 2023. Dalam masa yang sama, semua pemohon diminta untuk memperbaharuinya melalui aplikasi MyJPJ.

Namun begitu, buat masa ini pelekat cukai jalan fizikal untuk kenderaan persendirian masih lagi diberikan dan rakyat masih lagi boleh memilih untuk menggunakan cukai jalan fizikal atau digital.

Kerajaan belum lagi mengumumkan sebarang tarikh berkenaan perlaksanaan cukai jalan digital secara sepenuhnya. Proses ini dijangka akan mengambil masa sekitar 6 bulan hingga ke 1 tahun sebelum ianya boleh dilaksanakan.

Langkah pendigitalan ini dijangka akan dapat mengurangkan 80% kesesasakan di semua pejabat dan kaunter JPJ dalam masa yang sama dapat menjimatkan kos pelekat dan kad sebanyak RM96 juta setahun.

ARTIKEL BERKAITAN