Close

DJI Osmo Action 4 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM1899

 

DJI memperkenalkan kamera aksi baharu mereka iaitu DJI Osmo Action 4. Tampil dengan beberapa peningkatan spesifikasi dan juga ciri yang dipertingkatkan berbanding model sebelumnya.

 

 

Dari segi reka bentuk, DJI Osmo Action 4 masih menggunakan rekaan yang sama seperti DJI Osmo Action 3. Tapi, menggunakan binaan tubuh yang lebih lasak yang mampu merakam sehingga kedalaman 18 meter. Selain itu, ia kini hadir dengan dua skrin LCD sesentuh.

 

DJI Osmo Action 4 dilengkapi dengan sensor baharu iaitu 1/1.3-inci CMOS yang dipadankan dengan lensa ultra lebar 155° f/2.8 yang mampu merakam sehingga 4K 120fps 10-bit dan D-Log M. Sensor baharu ini dikatakan mampu memberikan perincian yang lebih baik biarpun pada keadaan kurang cahaya.

 

 

Untuk rakaman, ia menyokong ciri iaitu mod penstabilan 360°HorizonSteady, yang membolehkan rakaman video dikekalkan biarpun ketika berputar. Tidak ketinggalan, mod RockSteady 3.0 masih lagi dikekalkan yang menyokong rakaman sehingga 4K 120fps. Selain itu, ia kini menyokong rakaman secara menegak.

DJI Osmo Action 4 dimuatkan dengan kapasiti bateri 1770mAh yang mampu merakam sehingga 2.5 jam. Untuk pengecasan, ia kini menyokong sistem pengecasan pantas dengan 80% hanya memerlukan 18 minit sahaja. Keupayaan bateri turut dipertingkat yang mampu bertahan pada suhu serendah -20°C.

Di Malaysia, DJI Osmo Action dijual pada harga bermula RM1899 untuk pek Standard dan RM2389 untuk pek Adventure yang didatangkan dengan beberapa aksesori tambahan.

ARTIKEL BERKAITAN