Celcom kini memperkenalkan pelan prabayar 5G baharu iaitu Xpax Prepaid 5G. Pelan baharu ini memfokuskan kepada penawaran data 5G tanpa memerlukan sebarang pas atau booster, dalam masa yang sama turut menawarkan penggunaan data 4G.
Xpax Prepaid 5G didatangkan dengan kuota internet 35GB dengan kelajuan100Mbps untuk 5G. Namun, untuk data 4G dan 5G ia dihadkan kepada 3Mbps. Secara asasnya, pelan ini hanya menawarkan kuota internet 20GB sahaja, kuota tambahan sebanyak 15GB hanya ditawarkan sempena promosi yang berakhir pada 2 Oktober 2023. Selepas itu, kuota internet akan menjadi 20GB sahaja.
Selain itu, pelan ini turut hadir dengan panggilan tanpa ke semua panggilan dan juga kuota tambahan hotspot sebanyak 6GB. Pelan ini dilihat bersaing dengan Digi Prepaid Next 5G 48 yang turut ditawarkan pada harga RM48 sebulan.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pelan ini, boleh layari laman web rasmi Celcom.