Close

RedMagic 8S Pro kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM3699


RedMagic Malaysia memperkenalkan peranti permainan baharu mereka untuk pasaran tempatan iaitu RedMagic 8S Pro. Peranti ini telahpun dilancarkan lebih awal untuk pasaran global dan kini tiba di Malaysia.


RedMagic 8S Pro hadir dengan skrin AMOLED FHD+ bersaiz 6.8-inci dengan paparan 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 Leading Version yang lebih berkuasa dengan 3.36Ghz dan GPU yang dipertingkat kepada 719Mhz. 


Dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0. Bateri 6000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 65W.



Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro. untuk swafoto, ia dilengkapi dengan sensor 16MP yang diletakkan di bawah skrin. Selain itu, Redmagic 8S Pro menjalankan sistem operasi RedMagicOS 8.0 yang berasaskan Android 13.


Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari di bawah skrin, bicu audio 3.5mm, sistem penyejukan ICE 12, Bluetooth 5.3 dan juga NFC.


RedMagic 8S Pro ditawarkan dalam dua varian yang berbeza. Untuk RedMagic 8S Pro dengan warna Midnight 12GB + 256GB dijual pada harga RM3699 dan RedMagic 8S Pro dengan Platinum atau  Aurora 16GB + 512GB dijual pada harga RM4499. 


Bagi yang berminat, peranti ini akan dijual bermula 14 Ogos ini dan boleh dibeli melalui laman web rasmi RedMagic Malaysia atau di Shopee rasmi RedMagic Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN