Nothing mengumumkan yang CMF adalah sub-jenama kepada syarikat mereka, melalui video Nothing Community Update | Q2 2023 yang dimuatnaik di saluran YouTube rasmi Nothing.
Melalui pengumuman tersebut, Carl Pei turut menjelaskan mengenai hala tuju sub-jenama tersebut. Menurutnya, CMF by Nothing akan membawakan sesuatu yang berbeza dari apa yang ditawarkan oleh Nothing dan memfokuskan kepada beberapa kriteria utama.
CMF by Nothing akan memfokuskan kepada produk yang lebih mampu milik dengan rekaan yang unik untuk menjadikan ia berbeza dari apa yang ditawarkan di pasaran. Berbanding Nothing, menawarkan produk premium dengan rekaan yang berinovasi bersama teknologi yang terkini.
Lebih menarik, sub-jenama ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan CMF sendiri bagi mengelakkan sebarang gangguan kepada jenama dan produk utama iaitu Nothing. Dua produk terawal yang akan ditawarkan oleh sub-jenama ini adalah jam tangan pintar dan TWS.
Maklumat lebih lanjut mengenai dua produk tersebut dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.