Close

Threads kini hanya mempunyai 18% pengguna aktif harian

Aplikasi Threads yang merupakan pencabar kepada Twitter kini dikenali sebagai X dilaporkan mencatat penurunan pengguna aktif yang ketara berbanding sewaktu pelancarannya.


Menurut Smiliarwebs, yang merupakan syarikat data dan analitik digital. Pengguna aktif harian Threads kini hanya 18% iaitu sekitar 3 juta pengguna aktif harian. Masa purata yang dihabiskan oleh pengguna harian juga dilihat turut menurun dari 2.9 minit kepada 1.9 minit sehari.


Selain itu, pengguna yang mengakses Threads setiap hari juga dikatakan turut menurun kepada 8 juta pengguna, berbanding sebelum ini 44 juta pengguna. Secara kasarnya, pengguna aktif Threads dikatakan menurun sebanyak 1% setiap hari.


Meta mungkin perlu membawakan sesuatu yang baru atau menawarkan ciri yang berbeza menjadikan aplikasi tersebut benar-benar sebagai alternatif kepada Twitter. Pada ketika ini, Threads hanya menawarkan fungsi asas dan terhad.


Sebelum ini, Threads telahpun mencipta rekod yang tersendiri apabila menjadi aplikasi media sosial terpantas mempunyai 100 juta pengguna selepas 4 hari dilancarkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN