OPPO melalui Facebook rasmi mereka telah berkongsi maklumat awal mengenai peranti baharu yang akan ditawarkan ke pasaran tempatan. Peranti baharu tersebut merupakan peranti di bawah siri A iaitu OPPO A58.
Melalui perkongsian tersebut, memperlihatkan OPPO A58 dalam warna hijau dengan caption “A-volusi Kualiti Untuk Semua”. Kita mungkin boleh menjangkakan yang caption tersebut mengambarkan keupayaan yang akan dibawakan oleh OPPO A58.
Turut dapat dilihat, yang peranti ini akan hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang bersama kemasan panel belakang jenis kesat. Selain itu, ia juga akan turut menggunakan rekaan sisi jenis rata dengan butang kuasa dan butang suara diletakkan di sebelah kanan.
Malangnya, tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi penuh dan tarikh pelancaran yang dikongsi oleh OPPO. Kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak maklumat yang akan dikongsi oleh OPPO dari masa ke semasa.