Close

Lebuhraya MEX kini menyokong pembayaran melalui kad debit dan kredit

Plaza Tol Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX) kini menyokong alternatif pembayaran melalui kad debit dan kredit melalui sistem pembayaran terbuka. Berikutan dari itu, terdapat dua terminal diletakkan pada pondok tol dengan satunya untuk Touch ‘n Go dan satu lagi untuk  kad debit Visa dan Mastercard.

Dengan pengenalan sistem pembayaran terbuka, pengguna kini mempunyai lebih banyak alternatif pembayaran, selain apa yang ditawarkan pada ketika ini melalui kad Touch ‘n Go, SmartTag dan juga Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Syarikat konsensi Maju Expressway Sdn Bhd (MEX) menjadi lebuhraya terawal yang melaksanakan sistem pembayaran terbuka, dengan ujian sistem pembayaran terbuka telahpun dilakukan syarikat tersebut bermula Julai lalu.

Kerajaan sebelum ini, mengumumkan terdapat 12 lebuhraya yang akan melaksanakan sistem pembayaran terbukaBerikutan dari itu, kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak lebuhraya akan menyokong pembayaran ini secara berperingkat bermula September 2023.

ARTIKEL BERKAITAN