Close

Rekaan panel belakang Xiaomi MIX Fold3 tertiris – Fon lipat pertama dengan kuad-kamera

Xiaomi telahpun mengesahkan yang peranti boleh-lipat baharu mereka akan dilancarkan pada Ogos 2023, melalui model Xiaomi MIX Fold3.

Terbaru, rekaan panel belakang Xiaomi MIX Fold3 dilaporkan tertiris. Sekaligus, menjawab beberapa soalan mengenai peranti boleh-lipat baharu dari Xiaomi.

Berdasarkan dari imej yang tertiris, memperlihatkan yang peranti tersebut akan hadir dengan tetapan kuad-kamera belakang yang disusun secara dua-dua dan diletakkan pada kemasan logam berwarna perak yang bersinar. Selain itu, dapat dilihat penjenamaan Leica diletakkan di atas lampu LED flash.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan mengenai konfigurasi kamera yang akan digunakan. Peranti ini mungkin akan menggunakan tetapan kuad-kamera yang sama seperti Xiaomi 13 Ultra, tetapi dengan penambahan sensor berkemungkinan 3D ToF yang diletakkan di sebelah flash.


Imej tertiris tersebut turut mengesahkan yang Xiaomi MIX Fold3 akan menggunakan kemasan dari kulit yang sama seperti pada Xiaomi 13 Ultra. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN