WhatsApp kini membawakan satu lagi fungsi baharu untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik pada aplikasi mereka. Fungsi baharu yang dimaksudkan adalah perkongsian skrin ketika panggilan video.
Fungsi ini membolehkan pengguna berkongsi dokumen, foto atau apa sahaja yang terdapat pada skrin anda kepada pengguna lain. Sekaligus, memudahkan lagi perbincangan atau pembentangan dilakukan. Fungsi ini juga mirip seperti mana yang ditawarkan oleh aplikasi Google Meet dan Zoom.
Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna perlu melakukan panggilan video terlebih dahalu, seterusnya tekan butang kongsi untuk mula perkongsian skrin. Pada bahagian kongsi, pengguna boleh memilih untuk berkongsi keseluruhan skrin atau sebaliknya. WhatsApp juga kini menyokong panggilan video secara landskap.
Fungsi telahpun dilepaskan secara berperingkat kepada semua pengguna. Sekiranya belum menerima fungsi ini, anda mungkin perlu mengemas kini aplikasi kepada yang terkini.