Selepas diumumkan pada Jun yang lalu, X atau dulu dikenali sebagai Twitter kini mula membayar pencipta kandungan untuk iklan yang dipaparkan pada bahagian ruangan balas Post (Tweet).
Thanks Elon
Tweet pun dah boleh dapat duit 📈
Buat video tiktok tak dapat duit 😂
Kena minta sedekah gift 🎁 pic.twitter.com/QDXV9FCPoR— Pelabur Bijak (@Pelabur_Bijak) August 8, 2023
Melalui beberapa perkongsian, terdapat beberapa pencipta kandungan mula menerima pembayaran dari X (Twitter). Pembayaran tersebut diterima berdasarkan dari kandungan iklan yang dipaparkan.
Untuk mula menjana pendapatan (Ads Revenue Sharing) di X, pengguna perlu mematuhi beberapa syarat antaranya adalah perlu melanggan X Premium (Twitter Blue), mempunyai 500 pengikut dan mempunyai 15 juta impression dalam masa 3 bulan.
Today is the day: Ads Revenue Sharing is now live for eligible creators globally.
Set up payouts from within Monetization to get paid for posting.
We want X to be the best place on the internet to earn a living as a creator and this is our first step in rewarding you for your…
— X (@X) July 28, 2023