Pada acara IFA 2023 yang akan berlangsung pada 1 September di Berlin, HONOR dijangka akan mengumumkan dua telefon lipat baharu. Maklumat tersebut dikongsi oleh HONOR melalui poster dengan caption “Unfold Tomorrow”.
Poster tersebut mengesahkan yang HONOR akan melancarkan dua telefon lipat baharu mereka iaitu HONOR Magic V2, yang mana ia telah dilancarkan lebih awal di China pada bulan lalu dengan rekaan lipatan seperti buku.
Manakala, satu lagi telefon lipat yang dijangka akan turut diumumkan adalah telefon lipat dengan lipatan jenis Clamshell yang sama seperti siri Samsung Galaxy Z Flip dan siri Motorola Razr+.
Buat masa ini, tiada maklumat lanjut yang didedahkan mengenai spesifikasi penuh dan penawaran untuk kedu-dua peranti. Maklumat tersebut hanya akan diketahui selepas acara pengumumannya. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.