Close

Instagram kini menyokong antaramuka untuk peranti dengan skrin yang lebih besar

Meta akhirnya, akan menawarkan antaramuka yang lebih optimum untuk aplikasi Instagram pada peranti dengan skrin lebih besar seperti tablet atau pada telefon lipat.

Instagram ketika ini, dilaporkan sedang menguji antaramuka baharu pada peranti dengan skrin besar. Rekaan antaramuka baharu ini dilihat lebih kemas dan tersusun serta menggunakan ruang skrin dengan lebih baik.


Rekaan sisi kini menempatkan bar yang sama seperti pada peranti biasa iaitu skrin utama, carian, reels, profil pengguna dan hantaran kandungan baharu. Selain itu, terdapat juga dua fungsi baharu diletakkan di bahagian sisi iaitu DM dan notifikasi.

Walaubagaimanapaun, buat masa ini Instagram dengan antaramuka baharu ini dilihat hanya tersedia pada Samsung Galazy Z Fold5. Kemas kini ini dijangka akan diberikan secara berperingkat kepada lebih banyak peranti dengan skrin lebih besar dan telefon lipat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN