Close

Arab Saudi bakal mewajibkan semua peranti elektronik menggunakan USB-C menjelang 2025

Arab Saudi kini dilihat turut mengikuti jejak langkah Kesatuan Eropah, apabila mewajibkan semua peranti elektronik menggunakan USB-C menjelang tahun 2025.

Undang-undang tersebut diputuskan oleh kerajaan Arab Saudi yang merangkumi Oraganisasi Piawaian, Metrologi dan Kualiti, Suruhanjaya Komunikasi, Angkasa dan Teknologi. 

Keputusan ini dibuat sebagai langkah untuk mengurangkan pembuangan sampah elektronik, menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik dan menyokong pemindahan data yang berkualiti tinggi.

Undang-undang ini akan dilaksanakan dalam dua peringkat dengan peringkat pertama akan bermula 1 Januari 2025 dan peringkat kedua akan bermula pada 1 April 2026 yang memfokuskan kepada komputer riba dan komputer mudah alih.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN