Sub-jenama Xiaomi iaitu Redmi kini menawarkan pilihan warna baharu Sunrise Gold untuk Redmi Note 12, menjadikan Redmi Note 12 kini tampil dengan 4 pilihan warna kesemuanya.
Tiada sebarang perubahan spesifikasi yang dibawakan. Masih lagi menggunakan spesifikasi yang sama, skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci bersama paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 1200 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 685 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.
Membawakan tetapan sistem tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP ultralebar + 2MP makro, manakala untuk swafoto ia hadir dengan sensor 13MP. Bateri 5000mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 33W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah pengimbas cap jari pada butang kuasa, penarafan IP53, bicu audio dan menjalankan MIUI 14 berasaskan Android 14.
Bagi yang berminat, Redmi Note 12 Sunrise Gold dijual pada harga RM799, boleh didapatkan di semua pengedar rasmi Xiaomi Malaysia atau melalui kedai atas talian rasmi Xiaomi di Shopee dan Lazada.