Close

Rekaan port USB-C untuk siri iPhone 15 tertiris – Semua model guna USB-C?

Acara pelancaran siri iPhone 15 dijangka akan berlangsung pada September ini. Antara perkara menarik mengenai siri iPhone 15 adalah ia dilaporkan akan hadir dengan port USB-C, tiada lagi port Lightning.

Terbaru, rekaan port USB-C untuk iPhone 15, iPhone 15 Plus dan iPhone 15 Pro Max telah tertiris, sekaligus mengesahkan yang semua model iPhone 15 akan hadir dengan port USB-C.

Namun begitu, terdapat perbezaan teknologi pada port USB-C untuk siri iPhone 15. Untuk model Standard ia akan menggunakan teknologi USB-C 2.0 yang hanya menyokong penghantaran data pada 480 Mbps dan pengecasan 20W. Teknologi sama seperti yang digunakan pada port Lightning.

Manakala untuk model Pro, ia akan menggunakan teknologi port USB-C 3.2 yang lebih maju, menyokong penghantaran data yang lebih pantas iaitu 5Gbps dan sokongan pengecasan yang lebih pantas.

Perbezaan teknologi ini dilihat agak ketara dan mungkin boleh menjadi salah satu sebab pengguna untuk membeli model yang lebih mahal.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN