Peranti boleh-lipat generasi baharu dari Xiaomi iaitu MIX Fold 3 telah dijadualkan akan dilancarkan pada 14 Ogos ini. Melalui poster pelancarannya, terdapat caption “defining a new standard for foldable display” yang menyatakan Xiaomi MIX Fold 3 akan menjadi Standard baru dalam segmen peranti boleh-lipat.
When it comes to foldable phones, being slim and lightweight is not enough. What really matters is ensuring that the product features have no shortcomings. This is what will shape the future of foldable phones. Our new offering, #XiaomiMIXFold3, defines a new standard for… pic.twitter.com/SoKNtzio1g
— Lei Jun (@leijun) August 9, 2023
Xiaomi MIX Fold 3 dilaporkan akan hadir dengan sejumlah peningkatan dari spesifikasi, teknologi dan fungsi yang lebih baik dari peranti boleh-lipat yang ditawarkan di pasaran ketika ini.
Selain itu, peranti ini akan menjadi peranti boleh-lipat terawal hadir dengan tetapan kuad-kamera belakang dengan penjenamaan dari Leica bersama sensor periskop. CEO dan juga pengasas kepada Xiaomi iaitu Lei Jun turut menyatakan yang Xiaomi MIX Fold 3 tidak akan mempunyai sebarang kekurangan.
Dengan tarikh pelancaran yang semakin hampir, kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak maklumat akan didedahkan mengenai peranti ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.