OnePlus akan menjadi pengeluar kedua yang melancarkan telefon dengan RAM sehingga 24GB, selepas RedMagic. Model dengan RAM sehingga 24GB ini dijangka akan dilancarkan pada 16 Ogos ini melalui model OnePlus Ace 2 Pro.
Maklumat tersebut disahkan oleh OnePlus melalui poster acara yang mendedahkan peranti tersebut akan menggunakan RAM 24GB dengan teknologi LPDRR5X. Sebelum ini, OnePlus juga telah mengesahkan beberapa spesifikasi peranti ini iaitu dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, skrin 6.74-inci 120Hz, bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 150W.
OnePlus Ace 2 Pro dijangka akan hadir dengan tiga pilihan storan iaitu 256GB, 512GB dan 1TB. Selain itu, ia juga akan turut ditawarkan dengan pilihan konfigurasi 16GB RAM.
Dengan konfigurasi RAM yang lebih besar, ia akan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik dan lebih lancar apabila melakukan pelbagai tugas atau bermain permainan.