Close

Disney+ bakal menyekat perkongsian akaun bermula 2024

Disney+ bakal mengikuti jejak langkah Netflix, apabila Ketua Pegawai Eksekutif Disney Bob Iger, menyatakan yang Disney+ akan menyekat perkongsian kata laluan bermula tahun 2024.

Menurut beliau, pelaksanaan tersebut akan bermula pada penghujung tahun ini dengan Disney+ akan mengemas kini terma dan syarat tambahan dalam perkongsian kata laluan, seterusnya memulakan sekatan perkongsian kata laluan bermula 2024.

Pelaksanaan ini dilihat sebagai salah satu cara Disney+ untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi, seperti mana Netflix yang berjaya menjana pendapatan lebih baik selepas menyekat perkongsian kata laluan.

Iger percaya, pada masa akan datang Disney+ akan menjadi pemacu kepada pertumbuhan besar untuk Disney, selain dari perniagaan sedia ada mereka iaitu studio filem dan taman permainan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN