Close

OnePlus beri jaminan sepanjang hayat untuk masalah skrin

Masalah skrin bukanlah perkara baharu dan lebih sinonim terjadi kepada peranti yang menggunakan skrin OLED. Itulah yang berlaku kepada siri OnePlus 8 dan OnePlus 9, garisan hijau muncul pada skrin secara tiba-tiba dan terjadi selepas jaminan tamat.

Berikutan dari masalah tersebut, pihak OnePlus telah mengeluarkan kenyataan balas dengan memperkenalkan program jaminan sepanjang hayat untuk masalah skrin pada peranti yang terjejas, tersedia pada semua peranti OnePlus . Bermaksud, pengguna yang terjejas layak untuk menerima penukaran skrin secara percuma.

Bagi siri OnePlus 8 dan OnePlus 9 yang terpilih, OnePlus menawarkan baucar tunai untuk membeli model baharu OnePlus dengan harga yang menarik. 4 model yang layak untuk menerima baucar tunai tersebut adalah OnePlus 8 Pro, 8T, 9 dan 9R.

Dalam masa yang sama, OnePlus turut menyatakan permohonan maaf di atas kesulitan dan permasalahan yang berlaku.

Malangnya, penawaran jaminan skrin sepanjang hayat dan baucar tunai ini hanya tersedia untuk pasaran India sahaja buat masa ini. Penawaran ini dijangka akan diperluaskan kepada lebih banyak negara dan Malaysia mungkin akan tersenarai berikutan OnePlus mempunyai peminatnya yang tersendiri.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN