Close

Tiada lagi pautan yang boleh diklik pada YouTube Shorts bermula 31 Ogos ini

YouTube telah mengemaskini polisi mereka dengan tidak lagi akan menyokong pautan yang boleh diklik pada YouTube Shorts bermula 31 Ogos ini.

Polisi baharu ini diperkenal sebagai salah satu usaha YouTube untuk menangani masalah spam dan penipuan pada platform tersebut. Selain pautan pada bahagian penerangan, pautan pada bahagian komen juga tidak akan boleh diklik selepas tarikh tersebut.

Perubahan polisi ini akan dilakukan secara berperingkat, dalam masa yang sama YouTube dijangka akan memperkenalkan fungsi pautan baharu yang lebih baik dan lebih selamat untuk digunakan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN