Selepas diuji pada Jun yang lalu, WhatsApp dengan fungsi multi-akaun pada satu peranti kini dilihat telah tersedia kepada beberapa pengguna terpilih.
Fungsi ini dilihat telah tersedia melalui kemas kini WhatsApp beta untuk Android dengan nombor binaan 2.23.17.8. Fungsi ini, membolehkan pengguna menukar dan menambah akaun WhatsApp dengan lebih mudah seperti mana menukar akaun pada Instagram.
Untuk mengakses fungsi ini, pengguna hanya perlu masuk ke bahagian tetapan dan tekan ikon anak panah kecil yang berada di sebelah imbasan kod QR. Kemudian, ikut arahan pada skrin untuk menambah atau menukar akaun lain. Akaun yang telah ditambah akan kekal pada peranti sehingga dilog keluar.
Fungsi ini dilihat akan lebih memudahkan pengguna untuk menguruskan akaun tanpa memerlukan peranti yang berbeza.