Close

Kampung Orang Asli Hulu Kemensah adalah lokasi kedua Starlink di Malaysia

Selepas UiTM Kuala Pilah dipilih menjadi lokasi pertama Starlink di Malaysia, Kampung Orang Asli Hulu Kemensah pula dipilih sebagai lokasi kedua yang menerima perkhidmatan tersebut di Malaysia.


Alhamdulillah, unit Starlink kedua telah dipasang.

Kampung Orang Asli Hulu Kemensah telah dipilih sebagai kampung orang asli pertama untuk pemasangan Starlink, menjadikannya lokasi kedua selepas UiTM Kuala Pilah. pic.twitter.com/uPf7V6cASf

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) August 11, 2023

 

Berikutan dari itu, 135 penduduk Kampung Orang Asli Hulu Kemensah kini boleh menikmati kualti rangkaian yang lebih baik dengan bantuan perkhidmatan rangkain internet satelit dari Starlink. Dengan adanya perkhidmatan ini, ia dapat membantu penduduk setempat untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan dunia luar dengan lebih baik.


Dalam masa yang sama, Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk melaksanakan penyelesaian jangka masa panjang seperti pembinaan menara dan juga pemasangan gentian optik.

Beliau turut menyatakan yang matlamat kerajaan pada ketika ini masih lagi sama, iaitu memberi keutamaan kepada baki 3% kawasan berpenduduk yang masih tiada capaian rangkaian.

ARTIKEL BERKAITAN