Pengguna Samsung kini boleh merasai sistem operasi baharu yang berasaskan Android 14 melalui program ujian beta One UI 6.0.
Berikutan dari itu, Samsung telahpun mengeluarkan senarai 42 peranti yang layak untuk menjalankan program ujian beta One UI 6.0, senarai tersebut merangkumi Siri Samsung Galaxy S, Galaxy Z, Galaxy A, Galaxy M, Galaxy F, Galaxy Tab dan Galaxy XCover.
Melalui program ujian beta ini, pengguna boleh melaporkan sebarang pepijat atau cadangan kepada Samsung untuk tujuan penambahbaikan. Program ujian beta ini boleh disertai melalui aplikasi Samsung Members.
Pada One UI 6.0, Samsung akan membawakan sejumlah penambahbaikan antara muka yang lebih menarik dan fungsi yang lebih baik.
Namun begitu, buat masa ini, program ujian beta ini hanya tersedia untuk pengguna di 7 negara sahaja iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat, China, Jerman, India, Poland dan Korea Selatan.