Close

Spesifikasi iQOO 12 tertiris – Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3

iQOO dijangka akan memperkenalkan pengganti kepada model semasa mereka iaitu iQOO 12. Berikutan dari itu, terdapat laporan telah tertiris mendedahkan beberapa maklumat mengenai peranti tersebut.

Menurut laporan, iQOO 12 dijangka akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang akan dipadankan dengan RAM LPDRR5X sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0. Selain itu, ia juga dijangka akan dilengkapi dengan skrin AMOLED dengan resolusi 2K bersama paparan 120Hz.

iQOO 12 turut dijangka akan hadir dengan sensor kamera utama OmniVision OV50H 50MP 1/1.28-inci, yang menjanjikan pengalaman fotografi yang lebih baik dari model sebelumnya. Peranti ini dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN