Close

X bakal menyokong fungsi panggilan video tidak lama lagi

Dalam usaha untuk menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik, aplikasi media sosial X yang dulu dikenali sebagai Twitter bakal menyokong fungsi baharu iaitu panggilan video. 


just called someone on X 🤯🤯🤯🤯

— Andrea Conway (@ehikian) August 9, 2023

 

Melalui fungsi ini, ia membolehkan pengguna untuk membuat panggilan video tanpa perlu bertukar nombor telefon, sekaligus menawarkan lebih banyak alternatif untuk pengguna berkomunikasi. Fungsi ini dilaporkan telahpun mula diuji secara dalaman.

Selain panggilan video, X dijangka akan menyokong lebih banyak perkhidmatan dan fungsi baharu dalam usaha untuk menjadi X sebagai aplikasi semua-dalam-satu.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat terperinci yang dikongsi mengenai ketersediaan fungsi tersebut. Kita mungkin boleh menjangkakan yang fungsi ini mungkin akan tiba pada penghujung tahun ini atau seawal tahun hadapan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN