Close

Apple mungkin akan menggunakan rekaan jam baharu pada Apple Watch X

Apple Watch yang seterusnya mungkin akan hadir dengan rekaan serba baharu dan akan dikenali sebagai Apple Watch X.

Menurut pakar tiris Mark Gurman, Apple Watch X dilaporkan akan hadir dengan rekaan yang berbeza sepenuhnya. Tampil dengan rekaan yang lebih nipis dan lebih ringan dari model yang pernah dihasilkan oleh Apple.

Selain itu, Apple Watch X akan menggunakan sistem sambungan tali magnet baharu yang lebih baik namun, tiada maklumat terperinci yang didedahkan mengenai sistem tersebut. Seterusnya, Apple tidak lagi menggunakan skrin OLED sebaliknya akan menggunakan teknologi skrin yang lebih maju iaitu microLED.

Apple Watch X ini dijangka akan dilancarkan pada 2025, bersempena dengan ulang tahun ke-10 Apple Watch. Berikutan dari itu, kita mungkin boleh menjangkakan yang Apple akhirnya akan membawa perubahan yang drastik pada siri Apple Watch mereka, seperti mana iPhone X mengubah sejarah rekaan iPhone yang sebelumnya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN