WhatsApp kini sedia untuk menawarkan fungsi baharu pada WhatsApp versi Web. Fungsi baharu tersebut adalah Screen Lock dan dilihat telahpun tersedia pada beberapa pengguna terpilih.
Fungsi ini dilihat telah tersedia pada WhatsApp Web beta dengan nombor binaan 2.2333.11. Fungsi Screen Lock ini memerlukan pengguna untuk memasukkan kata laluan sebelum mengakses WhatsApp Web. Sekiranya pengesahan kata laluan gagal dilakukan, pengguna perlu log keluar terlebih dahulu sebelum melakukan log masuk masuk semula melalui imbasan kod QR.
Lebih menarik, sebarang notifikasi tidak akan diterima apabila fungsi ini diaktifkan atau sekiranya pengesahan kata laluan gagal dibuat. Fungsi ini boleh diaktifkan dengan pergi ke bahagian WhatsApp Setting dan pilih Privacy.
Fungsi ini dilihat dapat menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik disamping meningkatkan lagi privasi pengguna. Fungsi ini dijangka akan ditawarkan kepada lebih banyak pengguna secara berperingkat.