Close

Maybank akan menyokong fungsi multi akaun pada MAE menjelang suku ke-4 2023

Maybank melalui Ketua Pegawai Digital, Kalyani Nair, menyatakan yang aplikasi perbankan mereka iaitu MAE akan menyokong fungsi multi akaun menjelang suku ke-4 tahun 2023. Bermaksud, pengguna boleh menggunakan lebih daripada satu akaun pada satu peranti.


Menurut beliau, fungsi baharu ini adalah penyelesaian jangka panjang yang akan diberikan kepada pengguna dan tidak melibatkan sebarang aplikasi baharu, sebaliknya fungsi ini akan diberikan melalui naik taraf aplikasi sedia ada.

Pada ketika ini, MAE tidak menyokong dua akaun berbeza iaitu akaun peribadi dan akaun perniagaan pada satu peranti kerana ia adalah dua entiti yang berbeza. Manakala, pengguna yang mempunyai lebih daripada satu akaun peribadi boleh menggunakan MAE tanpa sebarang masalah.

Alasan atau faktor utama Maybank tidak menyokong penggunaan lebih daripada satu akaun pada satu peranti adalah disebabkan beberapa faktor antaranya adalah keselamatan dan arahan dari Bank Negara Malaysia (BNM).

Aplikasi MAE dilancarkan pada 2020 menawarkan standard keselamatan yang lebih tinggi dan mempunyai lebih banyak fungsi berbanding apa yang ditawarkan pada aplikasi perbankan M2U. Disebabkan itu, Maybank menyarankan pengguna untuk menggunakan MAE berbanding M2U.

Untuk penyelesaian jangka pendek, pengguna disarankan untuk terus menghubungi pihak Maybank bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN