Close

Amazfit Cheetah (Square) kini tersedia di Malaysia dengan harga RM999

 

Selepas menawarkan Amazfit Cheetah (Round) untuk pasaran tempatn, Amazfit kini sedia untuk menawarkan satu lagi pilihan baharu iaitu Amazfit Cheetah (Square). Tampil dengan spesifikasi yang sama namun, dibezakan dengan rekaan sahaja.

 

 

Amazfit Cheetah (Square) hadir dengan skrin AMOLED berbentuk petak yang bersaiz 1.79-inci yang turut menyokong kecerahan puncak sehingga 1000 nits. Peranti ini menggunakan bingkai dari binaan Fiber-reinforced polymer yang dipadankan dengan tali jam dari silikon.

 

Hadir dengan pelbagai ciri kesihatan dan kecergasan standard seperti pemantauan tidur, pemantauan kadar degupan jantung, tekanan harian dan juga SpO2. Turut menyokong lebih dari 150 mod sukan secara terbina dan mampu mengesan 25 mod secara automatik.

 

Amazift Cheetah (Square) turut hadir dengan sokongan GPS L1+L5 untuk bacaan lokasi yang lebih tepat dan menyokong penarafan 5 ATM. Dari segi ketahanan bateri, ia mampu bertahan sehingga 14 hari untuk penggunaan maksimum dengan kapasiti bateri 440mAh.

Bagi yang berminat, Amazfit Cheetah (Square) ditawarkan pada harga RM999, boleh didapati melalui kedai rasmi atas talian Amazfit Shopee dan Lazada.

ARTIKEL BERKAITAN