Close

Sony WF-1000XM5 kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM1399

TWS terbaru dari Sony iaitu WF-1000XM5 kini boleh mula dibeli di Malaysia. Hadir dengan sejumlah peningkatan dari segi rekaan dan spesifikasi yang lebih baik dari model sebelumnya.

 

 

Sony WF-1000XM5 hadir dengan rekaan yang mengutamakan keselesaan pengguna dengan reka bentuk yang lebih ergonomik. Selain itu, rekaan baharu kini 25% lebih kecil dan 20% lebih ringan.

 

 

Dijana dengan cip pemprosesan V2 terbaru dari Sony yang mempertingkatkan lagi keupayaan ANC, mengabungkan enam mikrofon pada kedua-dua TWS untuk memberikan kualiti pembatalan hingar yang bersesuai dengan persekitaran pengguna. Selain itu, ia menggunakan Dynamic Driver X baharu yang menjanjikan kualiti audio dengan frekuensi yang lebih luas dan vokal yang lebih jelas.

 



Turut menyokong sokongan audio DSEE Extreme dan audio spatial untuk pengalaman audio yang lebih baik. Teknologi Deep Neural Network (DNN) turut ditawarkan untuk panggilan suara yang lebih baik biarpun dalam persekitaran bising. Ia juga menyokong codec AAC, LDAC LC3 dan juga SBC.

 

 

Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti Bluetooh 5.3, penarafan IPX4 dan keupayaan sambungan dua peranti secara serentak. Untuk jangka hayat bateri, ia mampu bertahan sehingga 8 jam penggunaan dan meningkat kepada 24 jam dengan bekas pengecas.

 

 

Untuk pasaran Malaysia, Sony WF-1000MX5 dijual pada harga RM1399 dan ditawarkan dalam dua pilihan warna hitam dan perak. 

 

BELI DI SINI

 

Bagi yang berminat, TWS ini boleh dibeli bermula hari ini dengan setiap pembelian akan menerima hadiah percuma berupa pemegang passort dan berpeluang untuk memenangi sebuah kamera Sony ZV-1F.

ARTIKEL BERKAITAN