Apple sekali lagi mengubah kedudukan butang “end call” melalui kemas kini terbaru iOS 17 Beta 6. Sebelum ini, pada iOS 17 Beta 5 butang end call diletakkan di bahagian paling kanan sebaris dengan butang kawalan panggilan yang lain.
Dalam kemas kini iOS 17 Beta 6, kedudukan butang end call telah diubah ke bahagian tengah bawah. Perubahan terbaru ini dilihat lebih baik dan dapat mengurangkan kekeliruan pengguna, sekaligus dapat menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih kurang sama seperti pada iOS 16.
iOS 17 telahpun diumumkan pada acara WWDC 2023, tampil dengan sejumlah aplikasi dan fungsi baharu yang lebih baik. Kemas kini iOS 17 dijangka akan tersedia untuk semua pengguna iPhone sekitar September atau Oktober