OnePlus secara rasmi melancarkan peranti baharu mereka iaitu OnePlus Ace 2 Pro. Tidak seperti model utama yang menawarkan kemampuan kamera pada tahap tertinggi, OnePlus Ace 2 Pro dilihat lebih memfokuskan kepada permainan.
OnePlus Ace 2 Pro hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.74-inci dengan resolusi 2772 x1240. Turut menyokong paparan 120Hz, DCI-P3 dan kecerahan puncak sehingga 1600 nits. Dikuaskan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan sehingga 24GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0.
Dari segi fotografi, OnePlus Ace 2 Pro dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 16MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 150W, mampu mengecas dari 0% ke 100% hanya dalam 17 minit sahaja.
Perkara menarik mengenai peranti ini adalah ia dimuatkan dengan teknologi vapor chamber baharu yang lebih besar dengan 9140 mm, yang akan memastikan tahap suhu berada diparas yang optimum sekaligus menawarkan prestasi yang lebih baik. Selain itu, kemampuan rangkaian juga ditambah baik dengan keseluruhan badan peranti ini mempunyai antena.
Di China, OnePlus Ace 2 Pro ini dijual pada harga sekitar CNY2499 (RM1924) untuk 12GB + 256GB, CNY3399 (RM2181) untuk 16GB + 512GB dan CNY3999 (RM2566) untuk 24GB + 1TB. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Titanium Grey dan Aurora Green.