Close

Kereta elektrik Neta V akan turun harga bawah RM80K?

Kereta elektrik Neta V yang telah diumumkan sekitar Mei yang lalu bakal menerima kemas kini harga baharu. Sebelum ini, harga jualan Neta V adalah yang termurah untuk segmen kereta elektrik iaitu pada harga bawah RM100K.

Melalui satu perkongsian di Facebook daripada Nicholas Koo, telah mendedahkan harga jualan baharu untuk Neta V iaitu pada RM79,800 tidak termasuk insuran. Namun, pengedar rasmi Neta V iaitu Intro Synergy Sdn Bhd telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan menafikan perkara tersebut.


Dalam kenyataan rasmi tersebut, Intro Synergy Sdn Bhd turut menyatakan harga jualan untuk Neta V akan diumumkan secara rasmi ketika majlis pelancarannya yang akan berlangsung pada bulan hadapan. Intro Synergy turut menyatakan yang mereka akan mematuhi dasar yang telah ditetapkan.



Seiring dengan pengumuman harga, pihak Intro Synergy dijangka akan turut menawarkan pakej yang lebih menarik kepada semua pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN