Close

Baucar RM300 FLYsiswa kini boleh ditebus – Ini cara semak kelayakan

Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar Universiti Awam (FLYsiswa) kini boleh ditebus bermula 15 Ogos 2023 ini. Bantuan baucar yang bernilai RM300 itu tersedia untuk laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Berikutan dari itu, Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan maklumat yang lebih terperinci mengenai pemberian inisiatif tersebut. Semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman web rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Sekiranya layak, pelajar boleh membuat pembelian tiket penerbangan secara atas talian dari mana-masa syarikat penerbangan seperti AirAsia, Batik Air, MYAirline dan Malaysia Airlines (termasuk MASwing dan FireFly).


Sekiranya tidak layak, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi. Buat setakat ini, semua pelajar yang  sedang mengikuti pengajian di Universiti awam pada tahun 2023 adalah layak untuk menerima baucar ini.

Selain itu, sekiranya harga tiket adalah rendah berbanding nilai baucar, baki baucar akan disimpan sebagai kredit dan boleh digunakan untuk pembelian tiket yang seterusnya.

Berikut adalah terma dan syarat yang diberikan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk FLYSiswa :

  • Berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan, sedang menuntut di Semenanjung Malaysia.
  • Berasal dari Semenanjung Malaysia, sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Berasal dari Sabah, sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Berasal dari Sarawak, sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan, sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.
  • Sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal.
  • Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Aviation Group (Malaysia Airlines/ MASwings/ FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline.
  • Permohonan baucar hanya dibenarkan sekali sahaja daripada mana-mana syarikat penerbangan.
  • Tarikh akhir penebusan adalah pada 31 Disember. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar dibenarkan.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar Universiti Awam boleh layari laman web rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN