Close

Infinix GT 10 Pro akan tiba di Malaysia pada 12 September ini

Inifinix Malaysia secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran untuk peranti baharu mereka Infinix GT 10 Pro untuk pasaran tempatan pada 12 September 2023. Peranti ini memfokuskan kepada permainan bersama dengan rekaan yang unik.

Melalui perkongsian tersebut, Infinix turut mengesahkan beberapa maklumat mengenai spesifikasi sama seperti yang ditawarkan untuk pasaran India, menggunakan skrin AMOLED, cip Dimensity 8050 5G, bateri 4500mAh, pengecasan pantas 45W dan kamera utama 108MP. Selain itu, terdapat lampu mini LED terbina pada panel belakang dan akan menjalankan sistem operasi yang hampir sama seperti Android Asli tanpa sebarang iklan.



Untuk ketersediaan dan penawaran harga peranti ini, ia hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak. Sebagai perbandingan, Di India, Infinix GT 10 dijual pada harga sekitar INR19,999 (RM1101), ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Mirage Silver dan Cyber Black. 



ARTIKEL BERKAITAN