Close

Nokia kini memfokuskan kepada infrastruktur rangkaian


Nokia melalui acara
 Amplify Malaysia telah memperlihatkan inovasi infrastruktur pendigitalan yang akan memacu dan mempercepatkan tranformasi digital dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Berikutan dari itu, Nokia kini lebih memfokuskan kepada peneraju inovasi teknologi secara perniagaan kepada perniagaan (B2B).


IMG_20230815_120155


Nokia juga komited untuk memperkasakan perusahaan Malaysia dan menjadi pembekal perkhidmatan komunikasi. Sekaligus, menerajui pembangunan penyelesaian dan kemajuan rangkaian termaju.


IMG_20230815_115910


Pada acara tersebut, Nokia telah mempersembahkan beberapa inovasi yang merangkumi kepada produk dan teknologi terkini yang memfokuskan kepada perusahaan, rangkaian mudah alih, perkhidmatan awan & rangkaian serta teknologi infrastruktur rangkaiannya.


Antara inovasi yang dipamerkan adalah seperti :

MX Industrial Edge – Direka untuk membantu industri perusahaan mempercepatkan inisiatif pendigitalan teknologi operasi yang dikuasakan oleh Nokia Digital Automation Cloud (Nokia DAC).

NetGuard Cybersecurity Dome – Penyelesaian keselamatan siber 5G pra-binaan 5G berdasarkan keupayaan XDR kerana ia boleh membantu menilai risiko perniagaan, meningkatkan pembuatan keputusan dan mengawal kos.

Nokia Optical Solutions Portfolio – Penyelesaian automasi rangkaian yang membantu pembekal perkhidmatan komunikasi (CSP), syarikat skala web dan perusahaan meningkatkan pendapatan, mempercepatkan penggunaan perkhidmatan dan membina rangkaian IP serta optik yang lebih dipercayai.

Nokia Network Planning And Optimization Portfolio (NPO) – Perkhidmatan yang membantu mencapai pertumbuhan perniagaan yang mampan pada rangkaian mudah alih dan meningkatkan prestasi melalui gabungan, alatan dan proses yang inovatif.

ARTIKEL BERKAITAN