Close

ASUS lancarkan Vivobook S 15 OLED BAPE Edition dengan harga RM6499

Jenama pakaian popular BAPE mengumumkan kolabrasi dengan ASUS bersempena dengan ulang tahun ke-30 jenama tersebut. Melalui kolabrasi tersebut, ASUS melancarkan komputer riba edisi terhad melalui model Vivobook S 15 OLED BAPE Edition.

ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition ini turut didatangkan pelbagai aksesori lain yang bertemakan BAPE, merangkumi kotak dengan corak BAPE, tetikus, beg komputer riba, pelekat papan kekunci, pelekat eksklusif dan paling menarik adalah figura ikonik BABY MILO sedang memegang Vivobook. 

Untuk spesifikasi, ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition hadir dengan skrin OLED bersaiz 15.6-inci resolusi 2.8k bersama paparan 120Hz. Dijana dengan cip Intel Evo i9 Gen-13 yang dipadankan dengan RAM 16GB LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 1TB PCIe 4.0 SSD. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan pembesar suara dari Harmon Kardon yang menjanjikan pengalaman bunyi yang lebih baik.

Di Malaysia, ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition ditawarkan dengan harga RM6499, setiap pembelian akan didatangkan dengan aksesori lengkap edisi terhad.

ARTIKEL BERKAITAN