Close

iPhone 15 dilaporkan akan menyokong pengecasan 35W

Sumber : India Today

Acara pelancaran siri iPhone 15 dijangka akan berlangsung pada September ini. Antara perkara menarik mengenai siri iPhone 15 adalah ia dilaporkan akan hadir dengan pengecasan USB-C, tiada lagi pengecasan Lightning.


Dalam laporan terbaru, iPhone 15 dilaporkan akan menyokong pengecasan yang lebih pantas dari sebelumnya iaitu pada 35W. Sekaligus, menjadikan iPhone 15 sebagai iPhone pertama ditawarkan dengan pengecasan sepantas itu.


Sebagai perbandingan, iPhone 14 Pro menyokong pengecasan pantas sehingga 27W, manakala pada iPhone 14 hanya menyokong pengecasan pantas sehingga 20W. Untuk satu pengecasan penuh, iPhone 14 Pro mengambil masa sekitar 2 jam.


Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah semua siri iPhone 15 akan menyokong pengecasan 35W atau hanya akan tersedia pada iPhone 15 Pro sahaja. Terdapat juga laporan mendedahkan yang siri iPhone 15 akan turut menyokong fungsi Thuderbolt melalui pengecasan USB-C.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN