![]() |
Sumber : Windows Report |
Konsol mudah alih kini dilihat semakin menjadi tumpuan bagi beberapa pengeluar. Dalam laporan terbaru, rekaan konsol mudah alih Lenovo iaitu Legion Go dikatakan telah tertiris.
![]() |
Sumber : Windows Report |
Melalui imej tersebut, memperlihatkan yang Legion Go hadir dengan rekaan lebih kurang sama seperti Nintendo Switch. Tampil dengan dua alat kawalan yang boleh ditanggal bersama dengan lampu RGB. Dari segi kawalan, terdapat butang D-pad, butang analog, ABXY, butang trigger, butang makro tambahan dan juga pad sesentuh.
![]() |
Sumber : Windows Report |
Dapat juga dilihat yang Lenovo Legion Go akan hadir dengan lubang aliran udara yang besar terletak di bahagian belakang. Terdapat juga penjenamaan Legion yang boleh dijadikan sebagai stand untuk meletakkan konsol.
![]() |
Sumber : Windows Report |
Dari segi spesifikasi, konsol ini dijangka akan hadir dengan cip AMD Ryzen Phoenix, skrin 8-inci dengan bingkai yang nipis dan menjalankan sistem operasi Windows 11. Untuk sambungan, terdapat butang 3.5mm, 2x USB-C dan slot microSD.