Close

Generasi Z lebih memilih POCO berbanding jenama lain

POCO baru-baru ini mengadakan acara Partners Southeast Asia Forum 2023 yang berlangsung di Bangkok. Melalui forum ini, POCO berkongsi pelbagai perkara dan maklumat menarik mengenai perkembangan syarikat mereka.

Perkara paling menarik yang dibincangkan pada forum ini adalah bagaimana generasi Z berjaya mengubah pasaran dan penawaran telefon pintar. Berdasarkan dari kajian yang dibuat, generasi Z diihat lebih gemar untuk membeli secara dalam talian dengan 17% melalui kedai dalam talian dan 14% melalui platform e-dagang.

Selain itu, penawaran kemas kini yang lebih panjang menjadikan POCO sebagai pilihan yang lebih baik berbanding pengeluar lain dalam segmen yang sama. Tidak ketinggalan, harga jualan yang berpatutan dengan spesifikasi yang menarik juga dilihat sebagai salah satu penyumbang terbesar.

Melalui hasil kajian tersebut, dapat disimpulkan yang golongan generasi Z di Asia Tenggara lebih memfokuskan kepada 4 aspek utama iaitu kandungan digital, kedai atas talian, media sosial dan juga permainan.

Berikutan dari itu, POCO dijangka akan terus memberikan keutamaan kepada 4 aspek tersebut dalam penawaran peranti mereka yang akan datang. Acara Partners Southeast Asia Forum 2023 yang berlangsung di Bangkok ini turut disertai oleh Shopee, Lazada, TikTok, MediaTek dan PUBG.

ARTIKEL BERKAITAN