Telefon pintar dengan sensor kamera 200MP adalah suatu perkara yang biasa pada ketika ini. Namun, kita mungkin akan melihat sensor kamera yang lebih besar pada telefon pintar pada masa akan datang.
Samsung ISOCELL sensors being mass-produced in the latter half of 2024.
– 200MP with 0.6μm HP7
– 50MP with 1.6μm GN6
– 440MP with ??μm HU1— Revegnus (@Tech_Reve) August 17, 2023
Berdasarkan dari laporan terbaru, Samsung dilaporkan bakal hadir dengan empat sensor kamera baharu iaitu 50MP GN6, 200MP HP7, sensor 320MP dan 440MP HU1. Untuk sensor 50MP GN6, ia dikatakan akan hadir dengan sensor sebesar 1-inci dan akan digunakan oleh kebanyakan pengeluar di China.
Unfortunately, it seems unlikely that these sensors will be seen in Samsung products. The GN6 sensor is highly likely to be used by manufacturers in the Greater China region, and the HP7 sensor was initially planned for the S25U but was canceled due to its excessively high cost. https://t.co/2LC2se9TqU
— Revegnus (@Tech_Reve) August 18, 2023
Pada permulaan, Samsung merancang untuk menggunakan kamera 200MP HP7 pada Galaxy S25 Ultra. Kerana sensor ini mempunyai piksel yang lebih besar dan mempunyai kualiti imej yang lebih baik. Namun, kerana kos yang mahal Samsung terpaksa membatalkan rancangan untuk menggunakannya.
Namun begitu, terdapat kemungkinanan yang Samsung mungkin akan menggunakan sensor kamera 320MP pada Galaxy S26 Ultra. Walaubagaimanapun, terdapat laporan menyatakan yang ketiga-tiga kamera tersebut mungkin tidak akan ditawarkan pada peranti Samsung.
Untuk sensor paling besar iaitu 440MP HU1, tidak dapat dipastikan adakah ia akan digunakan pada telefon pintar atau tersedia hanya untuk industri seperti automotif. Pengeluaran besar-besaran sensor kamera ini dijangka akan bermula pada separuh kedua tahun 2024.