Close

Threads versi web dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi

Aplikasi media sosial yang berjaya mencipta sensasi iaitu Threads dijangka akan hadir dalam versi web tidak lama lagi.

Dengan ketibaan Threads versi web, ia diijangka akan lebih memudahkan pengguna untuk menguruskan pelbagai perkara seperti mana yang ditawarkan pada aplikasi Meta versi web yang lain iaitu Facebook dan Instagram.

Pada ketika ini, penggunaan Threads pada versi web adalah sangat terhad pengguna hanya boleh melihat profil dan perkongsian yang telah dibuat . Tiada pilihan untuk melakukan carian, muat naik status dan sebagainya.

Menurut Meta, Threads versi web telahpun diuji secara dalaman dan berkemungkinan akan dilancarkan dalam masa terdekat. Namun begitu, tiada tarikh terperinci yang dikongsi oleh Meta mengenai ketersediaannya.

Threads yang dibangunkan oleh Meta merupakan alternatif kepada aplikasi media sosial Twitter sekarang dikenali sebagai X. Menawarkan antara muka seperti Instagram, tetapi hadir dengan fungsi mirip seperti Twitter. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN